Wednesday, November 21, 2012

Clash? Pelik -.-''






 بسم الله الرحمن الرحيم
Ehh?? Entah apa pulak mimpi aku nak update blog tetiba nie?? haha ^-^  Apa2 pun Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh DIA yang selama ini sering melindungi aku dan family aku daripada benda2 buruk dan apa2 sahaja yang tidak baik. 


          Alhamdulillah jugak, sudah seminggu aku menghabiskan Sem 3. Iaitu bermakna aku sudah seminggu jugak telah meninggalkan exam final yang berlangsung pada 29/10/2012 dan tamat pada 14/11/2012 hari itu. Setakat ini bolehlah aku buat exam ari tu... Nak cakap susah boleh la, nak cakap senang pun Alhamdulillah boleh la jugak... yelah, kalau senang lebih baik tak payah buat examkan?? Semua ini berkat daripada family aku terutamanya emak aku, kawan-kawan dan tak lupa jugak dekat kekasih hatiku ... si Mr.R. huhuhu v_^ . 


         AKU bersyukur sangat ke atas nikmat yang diberikan oleh DIA, sebabnya kerana DIA aku mampu pergi hingga ke tahap ini. Boleh sambung mengambil Diploma tahap Pendidikan Prasekolah. Walaupun bukan bidang ini yang aku nak tapi nak buat macam manakan? Aku tahu, setiap yang berlaku di atas bumi Allah ini mesti ada sebabnya. Jadi, dengan berpasang niat yang suci dan bersih aku berharap sangat semoga diizikan oleh-NYA supaya dapat menghabiskan tahap Diploma ini dengan berjaya dan cemerlang Inn Syaa Allah. Selesai itu, aku berhajat ingin melanjutkan tahap Ijazah pulak. Mungkin aku akan amik bidang Psikologi kanak-kanak. Aku memang minat sanat nak tahu tentang psikologi nie. Best tau belajar dalam bidang ini, sebab dari psikologi kita dapat tahu apa yang kanak-kanak ini nak, apa yang dia tahu (capai) dan yang paling best sekali, kita dapat baca sifat dia dan dapat psiko minda dia orang. Perghh, best weii! :) Tapi itu semua jika diizikan oleh DIA lah ... Inn Syaa Allah, boleh!


        Astagfirullahalazim, dah jauh sangat dah daripada tajuk aku nie. hehehe!  Sebenarnya, aku nak cerita tentang adalah budak FACEBOOK nie, dia selalu suka sangat IM aku bila dia nampak aku online. Sampai adalah satu tahap dia boleh mengluahkan perasaan dia kat aku. Aku tahu time tu dia da ada awek, dia pun tahu aku ada pakwe, tapi entahlah... Mungkin dia stress dengan perangai makwe dia kot tu la pasal dia nak teman untuk meluahkan masalah, lagi2 kalau dapat kawan yang satu kepala dengan dia kan, apalagi... rasa lah keserasiannya, so dengan itu sebablah kan dia luahkan perasaan dia kat aku. Tapi jangan salah faham tau, aku tak terima ehh?? Aku tolak dengan baik, dan Alhamdulillah dia faham. 


      Selang beberapa minggu, beberapa bulan, dan akhirnya chat kembali di Facebook, dia cakap kat aku yang dia dah clash dengan si dia yang dulu dia cinta mati punya itu girl-girl. Tapi dengan selamber dia jawab reason dia clash dengan girl-girl tu sebab dah tak ada jodoh! Wei, giler apa ini? Dia tu dah la ensem, comel, muka baby face kot, and girl-girl itu jugak banyak lawa, comel jugak baby face tapi kenapa tak sehaluan? Tak apalah, biar kita putus cinta dengan orang yang kita sayang daripada putus cinta dengan ALLAH. Betul tak?? hmm just think it as positive, just cool ok?? Dan kenapa pulak lepas tu lelaki tu nak datang cari aku pulak ehh?? Gawat ini, aku cuma mengharapkan kita jadi kawan bukan kawan yang special... And one more thing, aku amat2 berasa sangat hairan kenapa lelaki yang melekat dengan aku semua cakap dia orang selesa dengan aku ehh? Padahal mulut aku nie sebenarnya jahat jugak kot! hurm pelik sungguh!! *sebenarnya dalam hati rasa bangga, hahahaha! sengal arh, puihh!


        Ok lah, aku rasa till then aku cerita tentang aku nie.. sebenarnya, banyak merepek daripada cerita benda berfaedah! hahaha, jangan la amik series, semua yang aku luahkan ini sekadar berkongsi rasa dan meluahkan apa yang ada dalam otak dan ati aku nie... harap kalau ada salah atau tersinggung perasaan selama ini, mintak ampun dan dimaafkan dengan sesuci ikhlas hati anda. Terima Kasih!
 

Selamat Membaca!

Saturday, November 3, 2012

Sabarlah, Wahai Hatiku!


Assalammualikum....



Sumpah, lama gila aku tak update blog aku ni. Aku tahu ada orang selalu nak bace blog aku .. walaupun blog aku nie tak popular macam orang lain, tapi aku tahu kalau bukan Mr. R aku selau excited nak bace entry baru aku nie, ada sorang mamat tu pun tergila2 nak baca entry aku . Tapi kesian kat dia tunggu lame sebab da lame jugak aku tak uptade. Hehe...


                AKU tak tahu apa yang dah jadi kat aku sejak kebelakangan ini. aku tahu aku tak patut buat dia macam tu! aku selalu nak merajuk dengan dia, aku bukannya saje2 nak merajuk dengan dia. TAPI, aku memang terlalu cemburu dengan dia!! DIA??? sape dia? hurm adalah seorang perempuan tu ... dia jenis yang   macam alim la ... SORRY TO SAY! hurm kalau lelaki tengok memang akan cairla tengok dia kan? aku bukan cemburu sebab dia lawa tapi sebab Mr. R aku tu . memang dia cakap dia tak ada apa2 dengan dia, tapi cara dia tu, hurm entah la! is hard to say. 


                AKU sayang dia kot! tapi tadi (3/11/12-sabtu) aku bergaduh lagi dengan dia. Aku penat kot. da banyak kali aku dah beristighfar da banyak kali kot bersabar sangat. tapi aku dah tak tahan sangat tadi, aku cakap kat dia, "alin sumpah benci sangat kat abang! betul2 benci sangat! ..." lepas da lafas kan ayat tu, aku rasa sedih la plak. hurm Abang, Alin mintak maaf sangat ! 


             Alin mintak maaf untuk semuanya, tapi alin nak abang tahu satu aje. Alin tak sukalah kalau abang layan dia. mungkin abang tak layan dia, tapi maksud alin dari segi likes kat facebook, gambar, status and whatever la tentang dia kat facebook tu. tolong la jangan ada kaitan dengan dia. tolong la. abang selalu nak alin faham, so sekarang Alin nak abang pulak tolong la faham keadaan Alin jugak!  


             Itu jer dari aku... Aku harap si Dia memahami keadaan aku, dan aku harap sesiapa aje yang membace entry aku nie mendoakan aku supaya berjaya dalam final exam for sem 3. InsyaALLAH. aku juga berdoa untuk diri aku sendiri, sabarlah hati, kalau ada jodoh dengan si Dia mesti adalah tu ... Jangan la tawar hati sangat dengan perangainya, bersabarlah wahai hati ku... AMIN!
                                                                                                                                       

Selamat Membaca!

Wednesday, May 23, 2012

ulser mulut, mata ikan ?? ohh tidakkkk !!!



Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



Oiittt2 ... yeay!

Da lama kan aku tak update. huhuhu ...

Hurm~ Apalah nasib mulut kena mata ikan .

Ehh, korang tahu tak mata ikan tu apa??

Ok, kalau korang nak tahu, bahasa kampungnya orang panggil mata ikan
tapi kalau dokter2 ... dia orang panggil ULSER MULUT.

Ulser mulut ini adalah luka dalam mulut kita yang berwarna putih
dan dikelilingi warna merah dan amat memedihkan.

Ada orang cakap faktor terjadinya ulser ini adalah disebabkan stress,
kekurangan zat makanan, alahan.......

Dan punca terjadinya ilah disebabkan kita tergigit, terkena makanan yang tajam,
atau air yang terlalu panas.

Tapi bagi aku, mata ikan nie terjadi sebab aku kurang minum air masak
and cuaca panas.

Simptom2nya ialah korang akan rasa pedih ditempat luka apabila terkena
minuman panas atau makanan yang pedas2 ...

Korang juga akan mula rasa tak selesa dan kurang selera nak makan ....
betul tak ???

Apa yang aku tahu, penyakit nie selalunya berlarut hanya sekitar 1-2 minggu jer.

Tapi kalau berlarut2 ssampai berminggu2 tu,lebih baik korang
pergi check out dengan doktor gigi.

Dan cara untuk menanganinya, korang kumur2lah dengan bahan antiseptik
tak pun yang paling senang and murah, korang kumur2 jer dengan air garam.

Gerenti baik!!




"So, amalkan lah pada sesiapa yang terkena mata ikan
kat mulut macam aku nie ......... "









Selamat Membaca!

Tuesday, March 20, 2012

NASI LEMAK vs MALU



Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...





As usual, aku akan mula membebel apabila aku start taip...

that means kalau sesape terbaca entry aku nie... harap bawak bebanyak bersabor yee ~

kenapa tajuk post aku NASI LEMAK ??

ini semua adalah gara-gara Nasi Lemak ....
eeehhhh !! tak! tak !

ini semua gara-gara lec. B.I aku lah , MR.ZUL

nak tahu tak, bila dia nak buat contoh ayat B.I aje kan mesti akan guna nasi lemak
sebagai bahan untuk penyedap rasa ayat dia tu ...

so sekarang nie, the main point is ..

tadi kawan aku 2 orang nak hantar ilmiah individu ,
dan tak sangka pulak Mr.Zul tu check kat depan mata kita orang ,
check punya check .... tetibe dia cakap , " yang nie tak highlight lagi ... "
so kawan aku yang sorang nie highlight la dan dengan selamber badaknya kawan aku
sorang nie suruh Mr.Zul tu tunggu ...

macam biasa.. Mr.Zul nie baik dan sabar menunggu kawan aku nie hightlight ilmiah dia.

highlight lambat.. aku pun teriak la cakap kat kawan aku tu ...




Aku : " haa wei , cepat la highlight tu ... cek zul da lapar la .."

Mr.Zul : (DIAM).

Aku : " wei , cepat lah ... cek zul dah tak sabar2 nak kejar nasi lemak dia .."

Mr.Zul : (ANGGUK & DIAM).

Aku : " wei , cepat lah wei ! kang nasi lemak cek zul habis kat cafe tu .... "

Mr.Zul : " Haa ~ apa kata kalau awak buat kan nasi lemak untuk saya,
sebab biasa nya kalau orang dah lapar nie dia makan aje
sedap ke tak sedap telan aje ... kn ? "

Aku : (TERDIAM DAN TERKAKU)

kawan2 aku : (GELAK) hahahah !





haaa ~ amek kau !! sekali dia cakap ... merah terus muka aku .... hahahaha !!!
so , the moral of the story is .... jangan lah kita menggesa kawan kita membuat
sesuatu perkara kerana kelak kita yang akan terkena balik balasannya ... ( MALU !!)

aku rasakan MR.ZUL cakap camtu mungkin dia fedup xpun malu
kot sebab aku asyik cakap dia da lapar,
tak sabar2 nak makan nasi lemak kot ?? sebab tu dia sound aku ... hahahaha !

aku rasa aku fobia bila ada orang sebut nasi lemak dekat depan , blakang ,
kiri , atau kanan aku ... hehehe .

itulah kisah aku masa kat class B.I pagi tadi ... hahahaha !







Selamat Membaca!

Drawing Machine

COPYRIGHT @ HAK MILIK TETAP OLEH CHUCKLETZPUTEH