
بسم الله الرحمن الرحيم
Ehh?? Entah apa pulak mimpi aku nak update blog tetiba nie?? haha ^-^ Apa2 pun Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh DIA yang selama ini sering melindungi aku dan family aku daripada benda2 buruk dan apa2 sahaja yang tidak baik.
Alhamdulillah jugak, sudah seminggu aku menghabiskan Sem 3. Iaitu bermakna aku sudah seminggu jugak telah meninggalkan exam final yang berlangsung pada 29/10/2012 dan tamat pada 14/11/2012 hari itu. Setakat ini bolehlah aku buat exam ari tu... Nak cakap susah boleh la, nak cakap senang pun Alhamdulillah boleh la jugak... yelah, kalau senang lebih baik tak payah buat examkan?? Semua ini berkat daripada family aku terutamanya emak aku, kawan-kawan dan tak lupa jugak dekat kekasih hatiku ... si Mr.R. huhuhu v_^ .
AKU bersyukur sangat ke atas nikmat yang diberikan oleh DIA, sebabnya kerana DIA aku mampu pergi hingga ke tahap ini. Boleh sambung mengambil Diploma tahap Pendidikan Prasekolah. Walaupun bukan bidang ini yang aku nak tapi nak buat macam manakan? Aku tahu, setiap yang berlaku di atas bumi Allah ini mesti ada sebabnya. Jadi, dengan berpasang niat yang suci dan bersih aku berharap sangat semoga diizikan oleh-NYA supaya dapat menghabiskan tahap Diploma ini dengan berjaya dan cemerlang Inn Syaa Allah. Selesai itu, aku berhajat ingin melanjutkan tahap Ijazah pulak. Mungkin aku akan amik bidang Psikologi kanak-kanak. Aku memang minat sanat nak tahu tentang psikologi nie. Best tau belajar dalam bidang ini, sebab dari psikologi kita dapat tahu apa yang kanak-kanak ini nak, apa yang dia tahu (capai) dan yang paling best sekali, kita dapat baca sifat dia dan dapat psiko minda dia orang. Perghh, best weii! :) Tapi itu semua jika diizikan oleh DIA lah ... Inn Syaa Allah, boleh!
Astagfirullahalazim, dah jauh sangat dah daripada tajuk aku nie. hehehe! Sebenarnya, aku nak cerita tentang adalah budak FACEBOOK nie, dia selalu suka sangat IM aku bila dia nampak aku online. Sampai adalah satu tahap dia boleh mengluahkan perasaan dia kat aku. Aku tahu time tu dia da ada awek, dia pun tahu aku ada pakwe, tapi entahlah... Mungkin dia stress dengan perangai makwe dia kot tu la pasal dia nak teman untuk meluahkan masalah, lagi2 kalau dapat kawan yang satu kepala dengan dia kan, apalagi... rasa lah keserasiannya, so dengan itu sebablah kan dia luahkan perasaan dia kat aku. Tapi jangan salah faham tau, aku tak terima ehh?? Aku tolak dengan baik, dan Alhamdulillah dia faham.
Selang beberapa minggu, beberapa bulan, dan akhirnya chat kembali di Facebook, dia cakap kat aku yang dia dah clash dengan si dia yang dulu dia cinta mati punya itu girl-girl. Tapi dengan selamber dia jawab reason dia clash dengan girl-girl tu sebab dah tak ada jodoh! Wei, giler apa ini? Dia tu dah la ensem, comel, muka baby face kot, and girl-girl itu jugak banyak lawa, comel jugak baby face tapi kenapa tak sehaluan? Tak apalah, biar kita putus cinta dengan orang yang kita sayang daripada putus cinta dengan ALLAH. Betul tak?? hmm just think it as positive, just cool ok?? Dan kenapa pulak lepas tu lelaki tu nak datang cari aku pulak ehh?? Gawat ini, aku cuma mengharapkan kita jadi kawan bukan kawan yang special... And one more thing, aku amat2 berasa sangat hairan kenapa lelaki yang melekat dengan aku semua cakap dia orang selesa dengan aku ehh? Padahal mulut aku nie sebenarnya jahat jugak kot! hurm pelik sungguh!! *sebenarnya dalam hati rasa bangga, hahahaha! sengal arh, puihh!
Ok lah, aku rasa till then aku cerita tentang aku nie.. sebenarnya, banyak merepek daripada cerita benda berfaedah! hahaha, jangan la amik series, semua yang aku luahkan ini sekadar berkongsi rasa dan meluahkan apa yang ada dalam otak dan ati aku nie... harap kalau ada salah atau tersinggung perasaan selama ini, mintak ampun dan dimaafkan dengan sesuci ikhlas hati anda. Terima Kasih!
.jpg)




