Thursday, December 29, 2011

Merasai Erti Cinta Dalam Kehidupan [ P.2 ]


22Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...




Continues ...

Pada post yang lepas aku telah meluahkan sedikit tentang kisah hidup aku pada Tahun 2010 .. Lagi satu hari saja lagi peristiwa nie akan menjadi 2 Years... Dan pada post yang lepas banyak telah aku kongsikan tentang cinta yang aku sendiri pandai-pandai mengagak... hehehehe! Sebenarnya banyak yang aku tak tahu tentang cinta tetapi apa yang aku post semua itu hanya menurut pandangan aku sendiri aje ... So kalau ade ayat atau fakta yang aku taip kan pada post yang lepas tu ada yang bertentangan , diharapkan maafkanlah hamba. Sebab secara sejujur-jujurnya aku tak banyak tahu tentang cinta tetapi aku tahu tanggungjawab jika aku menerima 'lamaran' untulk bercinta dengan seseorang yang aku rasakan sesuai dengan kreteria aku sendiri.Aku bukanlah seorang yang sempurna dari semua segi tetapi InsyaAllah aku akan menjadi insan yang akan membuat seseorang itu tersenyum walaupun dalam kesedihan. Aku bukan lah seorang yang selalu mengotakan setiap apa yang aku katakan, tetapi jika kuasa keberanian aku datang(muncul) tak mustahil aku akan mengotakan semua yang aku katakan. Aku juga kadang-kadang seorang yang penakut. Sebenarnya, untuk pengetahuan kalian, aku seorang yang takut akan lelaki.

Mr. Rash


Walaupun aku sendiri ada buah hati pengarang jantung yang comel tu, tapi aku masih juga takut akan lelaki. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa aku takut dengan lelaki?? Mungkin kalau ada yang baca entry nie mesti kalian akan cakap , aku takut dengan lelaki then da sah-sah dengan ayah aku sendiri pun takot kan? Sebenarnya aku tak takut dengan ahli keluarga aku yang lelaki sebab ayah, abang wan, dan adik aku seorang yang penyayang. Jadi meme tak lojik lah kan kalau akau takot dengan ahli keluarga aku sendiri kan ?? huhu ..



Ayah and Mak


Oklah, aku dilahirkan di Selangor. Belah mane?? Aku dilahirkan di Selangor iaitu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Hospital tu dekat dengan Andalas. So orang Andalas, korang mesti tahu kan ?? Hihihi ... Dan aku dilahirkan pada bulan Disember, 25 hari bulan, tahun 1993. Sebelum aku dilahirkan aku ada seorang abang yang memang penyayang.


Aku dengan Abang Wan (baru potong rmbut :) )


Dia pakwe aku yang pertama, ok! Hohoho ... Dan famly aku duduk dengan nenek aku sekali, dia pun seoarang yang suka akan budak. Die comel + lawa. Walaupun nenek aku pada luaran nampak macam masam-masam jer muka nya tapi dia sebenarnya memang nenek yang terbaik yang aku ada. Dia lah yang menjada aku dan abang aku apabila ayah dan mak pergi keje. Aku tinggal dengan nenek sehingga aku berumur 4 tahun. Selepas 4 tahun aku dipindahkan di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga aku berumur 7 tahun aku balik semula ke rumah nenek aku di Klang, Sungai Udang. Aku stay kat sana sehingga aku Darjah 3. Dan masa aku sekolah rendah aku sekolah di SMKTG(Teluk Gadong) tetapi aku balik semula sekolah di Sekolah Cina SRJK(C) WAH LIAN di Sungai Pelek. Kenapa aku dipindah-pindah kan ?? Sebab biasalah, mengikut ayah aku kerja tender banyak kat tepat2 lain time tu. Lepas habis jer tender kat Klang, aku balik Sungai Pelek kat Sepang . Time tu aku baru lah kekal stay out sampai sekarang kat Sungai Pelek. Tapi aku rindu nak duduk and manje-manje dengan nenenk aku. Miss U nenek !! huhuhu ... Dan selama aku duduk di Sungai Pelek nie, aku dihantar oleh ayah aku di SMKSP (Sungai Pelek). Aku sekolah di sekolah itu selama 5 tahun . Semua berjalan dengan lancar, tetapi aku tak banyak kawan bila dekat sini. Mak aku cakap sebab aku sombong. Muka aku sentiasa 'masam'. Iyeke ?? Ntah la... Semasa aku form1-3 aku berkawan dengan Cina. Sebab dulu aku pernah sekolah Cina. Sehinggalah aku dimasukan ke kelas 4 Progresif, barulah aku mula berkawan dengan orang Melayu. Class Progresif atau Pro. nie adalah aliran teras dan ditambah dengan Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Dan sama juga sehingg aku form 5 tetp di class yang sama. Kawan-kawan aku semua baik dan semuany bermula dengan huruf A nama dia orang. Hehehe... Ain, Alin(aku), Azira,Azura, dan Azimah. Dia orang nie kan semuanya sporting gila-gila lah kan. Batu lah aku tahu nikmatnya ada kawan yang baik macam dia orang. Gmbar kat bawah nie semuanya kawan-kawan aku yang ku katakan tadi.



Ain



Alin .... Aku


Azira (kanan)



Azimah(kiri sekali), Syafiq, Arafah, Aku, Aleng (bawah)



Azura



Tapi masuk sahaja di Form 5, aku mula dengan Facebook, Tagged, dan Yahoo! Messenger. Didalam Facebook aku telah telah kenal dengan mat-mat Sepang. Cakap ajelah sape, semuanya add aku. Aku pun bukan kenal pun. Bagus jugaklah kan dia orang add bley mmenuhkan friend list aku. hohoho ! TAK IKHLAS !!




-------- will be continues soon !










Selamat Membaca!

Tuesday, December 20, 2011

Merasai Erti Cinta Dalam Kehidupan


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

ku cintai namun benci ....


*Geisha- kenangan Hidupku



Bila tiba saja saat malam ... Aku amat payah untuk melelapkan mata. Aku benci apabila mata aku tidak mahu lelap, bukan apa ... aku senang terkenangkan masa aku di Tingkatan 5. Sebenarnya, masa di Tingkatan 5 bukan lah satu memori yang ngeri tetapi banyak kenangan dan memori yang manis dan susah untuk aku lupakan dengan sekali gus.

Apalah yang aku ingin taip kan di sini ??

Aku bukan tak boleh teringatkan kisah lama , sebenarnya taklah lama mana pun .. baru setahun saja aku melalui nya. Iaitu pada tahun lepas (2010). Lirik lagu di atas masih terngiang-ngiang di telinga aku. Lagu Kenangan Hidupku, nyanyian oleh Geisha. Penyanyi yang berasal dari Indonesia. Terdengar saja lagu dan liriknya serta suaranya yang amat sedap membuatkan aku sendiri menyesal dengan tindakan aku pada masa lepas. Jangan salah faham ... Aku bukan terlanjur atau membuat perkara yang kotor, tetapi keputusan yang telah aku katakan pada Si Dia yang telah aku cintai selama satahun ... Dalam masa setahun telah banyak dugaan dan rintangan dalam sesuatu hubungan yang bukan lah satu hubungan yang akan terus menjadi kenyataan dan berkekalan hingga hujung nyawa(hayat) aku. Dalam masa setahun juga aku telah banyak belajar apa erti kejujuran, tanggungjawab, kepercayaan dan pengorbanan.

Apa itu JUJUR ??

Kejujuran dan kepercayaan adalah tonggak yang paling utama keutuhan sebuah cinta. Cuba bayangkan kalau cinta tanpa kejujuran?? Mesti langsung tidak ada rasa kemanisan di dalam sesebuah hubungan malah tidak ada makna apa-apa jika hubungan itu tetap diteruskan. Seperti kata-kata cinta yang berbunyi " kita jatuh cinta kerana sebuah perkenalan, lalu berseminya cinta kerana kasih sayang yang telah wujud, dan akhirnya hubungan cinta tersebut berkekalan kerana kEJUJURAN ". Di dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada berkata ; “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar…” .

Tanggungjawab ??

Tahukah apa itu erti tanggungjawab ?? Aku bukan lah reti untuk menyimpul ayat. Tetapi apa yang aku tahu selama aku bercouple aku tahu serba sedikit tentang tanggungjawab. Tanggungjawab ada banyak maksud. Maksud yang aku faham tentang tanggungjawab dalam percintaan ini adalah yang pertama, bertanggungjawab atas apa yang telah kita kata(luah) kan. Yang kedua, tanggungjawab. Tanggungjawab atas pasangan masing-masing. Contohnya, menjaga dan melindunginya. Dan yang ketiga adalah bertanggungjawab atas apa yang akan atau telah berlaku di atas pasangan masing-masing. * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *

Kepercayaan ??

Kepercayaan adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam setiap aspek hidup tidak kira dalam hubungan cinta, pekerjaan, perdagangan, dan hal-hal lain yang mengharuskan kita berinteraksi dengan orang lain. Dalam sebuah hubungan, tidak percayaan antara satu sama lain, 99,9% akan menghancurkan hubungan itu sama ada cepat atau lambat. Kita tidak boleh berkata “aku cinta kamu” apabila kita tidak dapat berkata “aku percaya padamu”
kerana cinta dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Dan akhir sekali, pengorbanan.

Pengorbanan adalah
membuat sesuatu yang pada akhirnya akan membuat kita tersenyum puas dan tidak menyesal. Dan bukannya melakukan sesuatu perkara habis-habisan sehingga suatu tahap yang memeritkan lalu membuat keputusan ingin membunuh diri. Itu bukan lah erti perngorbanan dalam percintaan !! * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *





- - - - to be continues ...





Selamat Membaca!

Friday, December 2, 2011

Berubah ...?? Iyeke Berubah ...??


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...




Apabila manusia berubah .. jadi apa ekk?? Sape tahu ?? Hihihi ...
Ishh , sejak dua menjak ini kan, pendek rasa lain aje lah . Lain sebab ... sebab ... sebab lain lah . Ishh , apalah pulak pendek ini membebel lah pulak kan ?? Aalamak .. rasa macam nak banjir ajelah rumah ini kan . Hahaha!! Aduh-Aduh-Aduh !! Mata pendek merah la .. Kenapa ??



.
.
.
.
.
.
.



Betul ke orang cakap ... bila orang tak sayang kita , kita xpayah nak terhegeh-hegeh kat orang tu ?? Mungkin betul , mungkin tak .. Hihihi . (tak tau nak citer atau x !! ) Frust beb !!

BECAUSE OF YOU ...


------ just wanna to say, i love u RH !! ------


OK , tata ! nite :))








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Selamat Membaca!

Thursday, December 1, 2011

December a.k.a Disember



Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



Oitt ! Hehehe ... Cis ! Agak lama ye hamba sudah tidak menziarahi blog hamba ini . Amboi?? Ingat citer Hang Tuah, Hang Jebat ke pakai ayat cis cis nie ... Hihihi ! Oklah, first for all pendek mengaku agak malas nak bukak blog nie semenjak dah ada baby nie ... (Hello! bukan baby pendek tau, tapi anak orang.. ) Ala , kiranya macam amik part-time job la sementara cuti ini ... Gehehe ! Tolong mak pendek jaga anak orang . Nak cakap mak pendek babysitter pun boley la jugak . Sebenarnya mula-mula pendek pun malas gak nak jaga baby tapi pendek suka baby.. Tu pun sebab kena pujuk dengan buah hati ler . Dia cakap, "bile lagi nak tolong mak kalau bukan sekarang". Cis!! Ayat tu membuat aku rasa kesian pulak dengan mak. Hehehe .. Hmm bukan tak nak jage tapi sebab memang penat jage budak nie, penatnya pun lain macam la , tapi best dan agak berbaloi . Tahu sebab apa best ? Sebab kita boleh layan telatah baby nie . Kelakar kadang-kadang bila dengar suara dia orang gelak. Hehehe ...

Pendek sendiri tak faham kenapa lah ada perempuan a.k.a mama yang dapat anak tu sanggup buang baby dia orang 'rata-rata' . Tahu lah kan baby tu terlanjur tapi apa pun baby tu tetap darah daging dia orang yang keluar dari perut dia orang sendiri. Tak ke kesian kan ?? Yang paling malangnya, baby yang dia orang buang tu semua nya comel-comel , cantik dan semangat lagi tuh .. Kenapa lah buangkan ?? Kalau bagi pendek pun bagus jugak !! Boleh jage, dapat gak pahala daripada buang kat longgokan sampah yang bau busuk , malah yang paling sedih tu kan baby tu kena gigit dengan anjing la biawak la apa la .. segala jenis binatang la . Ish, memang betul-betul sedih tengok baby tu dan sememangnya kejam kalau ada mama yang macam tu ....

Ish .. tengok-tengok!! Pendek dah mula membebel ... HEHEHE ! Sebenarnya, bukan pasal tu yang pendek nak citer tapi pasal bulan December a.k.a Disember . Ye, ada sesiapa tahu apa tu Disember? Sebenarnya pendek pun tak tahu, tapi pendek ingat lagi dulu mase kat Klang, pendek ada kenal satu mamat nie.. Nama mamat nie Danish, Danish nie suka mengkaji sesuatu perkara yang Danish rasa pelik. Contohnya, Danish kaji macam mana air laut boleh pasang surut, salji boleh turun kat luar negara tetapi tidak di negara kita dan macam-macam lagi lah . Tapi jangan pelik pulak, sebab Danish kaji semua nie hanya dekat internet, buku-buku dan cuba research dengan pensyarah Danish sendiri. Masa pendek kenal Danish dulu, pendek baru form 4 . Ala Danish nie jiran nenek la . Hehehe ... Tapi dia dah sambung belajar kat luar negara. Pendek suka sembang dengan Danish, sebab Danish suka sembang tentang fakta dan benda-benda yang pendek tak tahu . Huhuhu.. Sudah !! Asyik puji asyik sembang tentang Danish jer , kang merajuk lah pulak Cik Abang pendek tu ... Sebab cemburu teramat. Hihihi ! Sory Sayang ... Then ada lah satu hari tu, Danish tanya Birthday pendek bulan berapa ? Then pendek jawab la bulan Disember. Hmm ...? Apa itu Disember ???

Lepas tu .... entah ? Pendek dah lupa ! hahaha . Tak apa lah, nie ada lah pendek cari cikit-cikit maklumat tentang Disember dalam En. Google nie .. Pendek cari kat dalam Wikipedia. Sebenarnya bukan ini yang pendek nak cari ...

" Disember
adalah bulan keduabelas dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa LatinDecem, yang bererti "kesepuluh". Disember merupakan bulan kesepuluh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

Disember bermula pada hari yang sama dengan September pada setiap tahun. "


p/s : tolong jangan marah atau mengata buruk tentang post ini... sebab pendek rase post nie tak banyak bercerita tentang December a.k.a Disember .... SORRY :) peace !! hehee





Selamat Membaca!

Wednesday, November 30, 2011

Kenangan Kita Bersama


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...


" VIDEO KENANGAN BERSAMA MURID 5 PROGRESIF SMKSP "

Hahaha !Giler klakar kott .... Hihihi ! Selalu bila bosan, video ini lah yang sentiasa menemani pendek .. Sekarang pendek nak share video ini dalam blog. Video ini dirakam oleh Azierah Fariehan, tapi gambar dia tak ada lah dalam ini (Aziera ialah PA kite orang) . Meh pendek kenalkan satu persatu kawan pendek iaitu murid Group 6A (sebab semua budak dalam video nie bermula dengan huruf A) .

<--- Dari kiri Azura, Azleen, Arafah, Azimah, Alin(pendek) dan Aien. --->

Video ini satu-satunya kenangan masa latihan Nasyid kita orang. Ala kita orang berlatih dalam surau aje. Plus surau kita orang memang tak besar cuma sebesar kelas aje (ceh tak tanye pun). Time nie masing-masing tengah stress sampai kita orang punya leader(Azimah) nak tendang Arafah . Hehehe . Mana tak nya persembahan Nasyid esok aje. Kalau tersilap nyanyi tersilap step naya orang gelakkan .. Hahahaha .... Ala tapi sayang, time kita orang buat persembahan tak sempat la nak rakam. Tapi apa-apa pun pendek betul-betul LIKE! LIKE! LIKE! bila tengok video nie. :)

Dan pendek mohon maaf kepada kawan pendek sebab letak video ini dalam blog. Bukan apa, cuma sekadar ingin berkongsi langsung tak ada niat nak aib kan korang !! ok ?? Enjoy it :)






Selamat Membaca!

Friday, October 14, 2011

Header Baru Lagi ??


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



Taadaaaa !! Terkejut tak ? hehehe ... Apa la .. Sebenarnya "Taadaaaa" tu sound effect la sebab nampak tak perubahan blog pendek nie ??? hihihihi .. Haa memang cun pun , terima kasih lah pada yang memuji tu ea ? Hehehe ... Dan pendek nak kredit kan kepada kawan2 bloging nie, sebab amik kat blog dia gmbar nie ... Hehe .. http://jeansbeans.tumblr.com/ dan http://littlemisterwalf.tumblr.com/ . Kedua2 nie doodle die orang memang cun ! hehe .. Comel la .. pandai die orang buat . Thank You ! Hm .. CEMBURU ! Uishhhhh ~ Elakkan ... haha ! Biasa lah, manusia mane pernah puas hati dengan diri sendiri kan ? Cuba tengok tajuk entry hari nie, sudah menampak kan yang pendek memang tak boleh tahan lama2 dengan header . Err .. faham ke ? Hahaha .. Maksudnya, kalau ada idea pendek akan cari gambar2 comel atau apa2 sahaja yang menarik untuk membuat header then edit la sampai puas hati lalu pendek akan tukar lah header .. Itu lah maksud pendek .. Tak faham pun faham kan lah ea ? Hihihihi :p

Oklah , apa2 pun , Alhamdulillah ... Pendek berpuas hati la jugak sebab dapat edit header dalam masa satu malam .. Tapi sebenarnya, memang xsusah pun . Senang sangat nak buat nya, lagi2 kalau dah expert betol tak ? hihihi ...

Oklah ... itu saja untuk petang nie . tata !! :)




Selamat Membaca!

Tuesday, October 11, 2011

KARAOKE Ooii KARAOKE



Apabila Si Pendek Membebel bla-bla-bla ...




ASSALAMMUALAIKUM ...


Hari nie tak tahu nak post apa ? Tapi nak kongsi la satu pengalaman berkaraoke di tepi jalan .. ehh? Tidak2 , maksud pendek, berkaraoke di tepi laut tetapi tepi penghadang jalan ... huh ? faham ke ? Hmm yang penting berkaraoke di tepi laut .. hehe . Malah dengan orang yang ramainya .. tengah2 malam pulak tu . Nasiblah ... Dengar lah suara sumbang ku ini .. hahahah !!
Pendek featuring dengan abang pendek yang ala2 suara Jamal Abdillah gitu .. cehh ! Perasan !!
Dan lagu yang kite orang nyanyi ialah Lagu Exist , Ella , dan dah tentu lah Jamal Abdillah punya lagu pun ada ... Azuraaaa ~ kau lah sinar hidupku ... Ceh , ntah betol ke x ntah ? Hehe .. Hantam jer lah labu ... hihihihi !

Sebenarnya, sebelum kita orang pegi berkaraoke kita orang pegi makan ikan bakar dulu. Aku tak ingat apa nama tempat ikan bakar tu, tapi tempat tu berada di Sepang, Bagan Lalang dekat dengan laut. Dan laut tu terkenal dengan satu tempat yang bernama Sepang Gold Cost, tempat nie kan hanya khas untuk orang kaya jer kot?? Tahu sebab apa pendek cakap camtu ? Sebab tempat tu barang nya mahal2 la .. Nak cakap macam hotel xjugak , tapi macam chalet la ... terapung kat atas air .. pergh! Tapi bila time malam kan, lampu bersinar2 weii ! Kita orang makan kat situ lauk kira bley tahan la .. Murah pun murah gak, perpatutan lah jugak .. hehehe ! Then lepas tu baru lah kita orang bernyanyi .. Masa pendek baru sampai jer, xramai orang pun kira dalam 2 atau 3 pasangan jer , tapi bile time kita orang nak start nyanyi jer... Amboi , bukan main ramai lagi oarang datang . Uish ... gila segan tokk ! Apa pun xbley .. Hehehehe ! Then pendek pun nyanyi la dengan muka yang tak tahu malu tu kan .. Hantam aje la Labi .. huhuhu ~

And the lastly, pendek rasa terhibur sangat . Sebab pendek dah lama tak nyanyi (karaoke) dah . Oleh sebab itu pendek nyanyi jer la tak berhenti2 .. Pantang nampak mic . mesti laju jer ... Tapi yang pendek heran tu kan kenapa lah bila time mucuk (nama yang pendek panggil untuk pakwe, Rashidi Hanafi) pendek suh nyanyi bukan main liat lagi macam daging tak masak lagi aje liat nya nak nyanyi .. hehehe ! Sorry mucuk !! muahh ~

Oklah .. itu saja untuk hari ini .. tata ! :p



Selamat Membaca!

Friday, October 7, 2011

Handset Oh Handset





Apabila Si Pendek Membebel bla-bla-bla ...




ASSALAMMUALAIKUM ...

Post pendek ari nie tak ada lah penting mana .. Wait2 !! PENDEK ??? Yes , aku guna nama panggilan (nama manje) yang selalu orang panggil aku .. iaitu .. pendek ! hahaha .. Ok la start from now on , aku gelar diri aku pendek . Bukan apa, mula2 aku geram gak sebab famly aku pun panggil aku pendek , mintak2 jangan pakwe aku pun panggil aku pendek sudah ler !! huhu ... Dan kalau nak tahu, aku pikir lama gak kenapa orang panggil aku pendek ? Rupa nya sebab dalam famly aku, akulah manusia yang paling kontot , ketot dan pendek ... haha ! haa gelak la puas2 kan .. hihihi :D Dan kalau teman serumah aku atau sekolej aku terbaca post nie, harap korang jangan cakap aku perasan plak ea ? Iyela, sebab aku nie kalau pandang / tengok depan2 sebenarnya tak ada pun nampak pendek tau (perasan)! hehehe .. Tapi tu la, apa nak buat da memang aku pendek , terima jer lah .. betol tak ??

Ok lah, sebenarnya pendek bukan nak membebel citer pasal nama manje nie tapi nak membebel pasal HANDSET (enset) pendek nie. Ish nak tahu x ? Sejak pendek mula beli enset tu , enset tu banyak kali jatuh tau .. tapi yang pelik tu enset tu biasa jatuh kat kolej pendek aje . Pelik kan ? hehehe.. tak tahu la, kata orang kalau enset da pnah jatuh sekali maka ianya kan berterusan . Tpi berterusan sampai bile tu tak tahu la pulak akn ? huhu .. Nie tadi die (enset) jatuh lagi , hmm .. pelik betol nie . Masalah.. masalah . Tapi Alhamdulillah , die (enset) tak rosak pun . Itu lah yang buat aku sayang kat die (enset) tu .. heheh .. Love U tokk ! :D :D




Selamat Membaca!

Tuesday, September 6, 2011

Peringatan kepada anak-anak muda



ASSALAMMUALAIKUM ...

* POST nie aku forward kan untuk tatapan aku dan tatapan orang yang membuka blog ini ... semoga setiap ayat di atas nie memberi 1000 atau lebih makna kepada aku dan korang .. 
thx a lot beb !!

Ok , sekarang aku nak straight forward ! hehehe .. Ehh ? jangan terkejut dulu . Bukan apa, tadi aku tengah syok2 cari maklumat dalam Google, aku ternampak .......  *ehh silap*, aku terbaca satu blog akak nie. In the blog, aku terbace satu entry yang amat membuat aku terase sesangat!!  nak tahu apa die ?  jap ea ?? ohh !  tapi janji bile da bace korang pun jangan la nak buat2 menangis ke apa ke ehh ?  check it out ~  

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang .....


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak  mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



* POST nie aku forward kan untuk tatapan aku dan tatapan orang yang membuka blog ini ... semoga setiap ayat di atas nie memberi 1000 atau lebih makna kepada aku dan korang .. thx a lot beb !!


Selamat Membaca!

Diary Oh Diary




ASSALAMMUALAIKUM ...



* acctually this post is juz talking about what i want to share ~ hee ..

Amboi.. dah lame dah aku xon9 blog ea ? uishh .. bukan malas la .. tapi sibuk ckit ... the last post is before aku test 2 .. So lepas test 2 jer, aku pun cuti , ala cuti for Hari Raya laa .. hehehehe ! so, sblm cuti tu , aku banyak assg. untuk dikejarkan supaya t Raya dok le terkejor2 .. iye dak ? hehehe ... So finally, as what im wish, siap pun semuenya.. jz for my Diary . Acctually, it was my English diary. Ohh god!!! Aku nak ckap aku benci wrote diary in english tu memang la ada, ada sgattt . BUT ... what can i do ? Its my assg. too .. My english lec. told me to wrote it every day, everytime even when i woke up from my dream .. hahahaha !


Walaupun aku da biasa buat keje nie, tapi she said (miss fara) she wants differents diary at all. Wahh giler perh ? huh ... But , its ok ..! I will do as what she wants .. Because this diary is for my final marks too .. Oh my what importants it is.. .

Selamat Membaca!

Monday, June 6, 2011

Unhappy Day





Ari nie aku xtahu hari keberapa hidup aku tanpa si Die ... Kalau korang nak tahu sape si Die , dulu aku pernah ungkit crite tentang die kat aku punya post . Tapi aku xsure post yang mne satu , tapi lau xsilap aku , post kat blah "semua nie hanya salah faham jer" kot ? huhuhu ... :)
            
             Korang pernah kan rasa perasaan kehilangan orang yang tersayang ? Aku adalah salah sorang daripada korang , aku bukan nak kenang semula history aku dulu . Tapi aku hanya sekadar ingin berkongsi masalah aku sahaja ... Iyelah , kate blog . Blog tu bagi aku ibarat diari aku .. but lau isu2 peribadi sangat tu xad lar kongsi dalam nie ok ? hehehe ... :))  

            Aku ada sedikit rase rimas dengan kongkongan ex aku . aku bukan xsuke berkawan dengan die , tapi ... ntah lar . Korang mesti xsuke kan if ex korang berkawan ngan korang .. Ish , iyela betol la kawan jer bukan apa pun kan ? tapi masalah sekarang nie , die bukan sekadar berkawan tapi masih nak kan kasih sayang daripada aku ... Aku bukan xnak bagi dan aku pun bukan lah kedekut kasih sayang , tapi masalah nye die dah ada girlfriend da kot !! Tu lar pasai nye aku xbagi .. aku tahu batas aku , aku tahu perasaan bile dihianati atau dilukai , aku pernah rasa sume tu ... Jadi aku sering ingat kan die yang die tu hak orang len bukan hak aku macam dulu .. Aku benci die buat macam tu ... Macam aku nie apa jer , bile rase rindu mesej aku , mintak kasih sayang aku .. tapi bile mkwe die mesej die , die lupe kan aku .. Ingat aku apa ?  Aku masih ingat lagi mase aku still couple ngan die dulu , aku tanya die  " if one day , kite clash apa b akan buat ? "  
die jawab " b akan buat something stupid thing ! " dlm hati , aku dah terasa takot da dengan cara die sbab tu aku janji dengan diri aku , aku akan jage hubungan aku sampai bile2 .. hingga lar kite orang xada apa2 hubungan (jodoh) . tetapi , akhirnya ... Die yang tinggal kan aku dulu . Ya Allah .. aku macam xpercaya dengan mesej die anta tu .. aku pening ! Jadi aku terima jer , lagi pun masih ada orang menanti aku . Jadi apa salah aku cube terima die dalam hidup aku . Aku mule sayang die , die memang baik hati die penyayang die nie memang baik lar ... Die orang kedah  . Aku harap aku dengan die selama2 nya . hidup gembira bersama . Aku dengan die dah lame kenal , cume aku xpasti sama ada kasih sayang yang die berikan tu tulen atau tiruan ...    Aku masih ternanti2 kepercayaan yang tulen dari die . Tetapi Alhamdulillah setakat nie aku nampak kepercayaan itu . Tapi tadi , die cakap ada orang nak mintak couple ngan die , aku dengar ayat tu ase hati aku macam dirobek-robek jer  . Ase macam benda lame ulang balik jer .. huhuhu .. Ntah lar mungkin betol apa yang orang cakap , kita akan bercinta dan hati terluka selama 7 kali , selepas itu baru kita dapat bertemu dengan kekasih hati kita yang setulus nya ... tapi , betol ke sume tu ? urm ???  NO KOMEN !! :))

               Selepas itu , aku nak bagi tahu , kepada sang lelaki / perempuan yang baik hati itu , cepat2 lar berjumpe dengan  perempuan / lelaki yang baik , jangan asal lawo / encem jer amik . Jangan ! Fikir dahulu sblum buat keputusan ok ? Aku bagi tahu nie bkan sebab aku dapat pkwe encem atau ap ea ? Seumur hidup aku prnah lar jugak 2 o 3 kali aku dpt lelaki encem tapi 2 orang  daripada 3 tu jer baik yang lagi satu hampeh ! Kaki pempuan siott ~ Bajet jer lebey .. hihihihi :) * peace !      Konklusinya , daripada apa yang aku lalui slame ini , aku dapat tahu bahawa masih ada lagi lelaki yang kachak tetapi baik lagi kat dunia nie . Xsemua begitu . Yang xkachak tu pun xad la baik mane pun sme jer ngn yang kachak tu .. heheh .. Sama jugak dengan yang girl ... Kita telah dicipta dengan macam2 perasaan , pandangan atau apa pun .. so , kite guna kannya sebaik2 mungkin ! ok ?  Akhir daripada aku , aku sayang sangat dekat Mohammad Rashidi Bin Hanafi .. hehheeh .. :) Assalammualaikum korang ....








Selamat Membaca!

Friday, May 20, 2011

hari pertama aku di kolej UNITI




SALAM ... Heyy , da lame aku x on blog nie ... hihihihi .. N da lame aku x update jgak ... huhuhu ... Aku rindu nokk .. ish .. sob ... sob ...

Ok la ... tanpa mengarot2 , aku nak bagi tahu first time pengalaman aku masuk kolej .. Ala , biase ar .. lepas SPM msti lar kite akan masuk U atau Kolej an an ? Xada yang pelik pun ok ?!! hahahaha ! Sebenarnye , 19 Mei 2011 ari tu .. aku kene daftar masuk ke dalam Kolej UNITI nie .. Asal nye perkataan UNITI nie adalah , Universiti Teknologi Islam . So , makne nye , kolej Islam la kan ? Bukan nak cakap aku nak jadi ustazah ke apa ? Tak macam apa yang korang pikirkan , sebenarnye kawalan dalam kolej nie ketat . Ketat macam mane ? Maksud aku ketat macam kite kene pakai tudung when kite kat kawasan kolej atau asrama . Tetapi , when dalam bilek ... suka hati hang la nak pakai apa ? hahahaha ! Tapi setakat nie , roomate aku sume ok la .. Tapi ada lar sorng tu , roomate aku cakap die jenis yang panas baran . Ahh , apa aku kesah die panas baran atau x ? Yang penting die kawan aku . Walaupun sejahat mane pun die , die da jadi roomate aku , so kene lar trime apa adanye kawan2 aku ... Aku bukan jenis yang memilih , tetapi aku paling benci kalau kawan aku atau roomate aku mengata2 aku kat blakang aku , atau menipu atau x menolong antara satu sama lain .. huhuhuhuhu !


Ok lar , aku masuk dalam kolej UNITI nie disebab kan dekat n nie adalah pilihan ayah aku yang comel tu .. hehehe :) . Dekat ? Memang dekat , kalau aku duk kat sepang kan dalam 1 jam atau paling lambat pun 1 jam lbey ar tu pun lau ayah aku x drift lar kn ... ahhahahaa ! Kolej nie dekat negeri 9 jer . Dekat dengan Port Dickson . huhuhuhu ... Boley la aku merayap2 ke sane kan ? hehehehe . Dekat sane aku amek jurusan Dip. Pendidikan Pra Sekolah .. Dan bermakne , bile aku da abis blaja selama 3 tahun iaitu 6 semester (sem) aku akan menjadi guru tadika atau pra sekolah la .. Tetapi if aku punya results OK , aku akan amek ijazah n aku bley jadi pensyarah .. ahahahahahah ! Berangan kejap .... ok ok ok .. sudahhh !! :p

Ok aku nak citer , aku kat sane ok2 jer , roomate aku pun ok . N die orang da start pun buat assignment die oarng . Kenapa aku x buat ? Sebab aku lambat masuk . So , aku xada la buat .. hahhah .Lagi taye wat per ? huhuhu ... Isnin nanti aku akan mule sibukk . Sibuk dengan pelbagai aktiviti la . Berkayak la apa la .. Mcam2 lar .. Tu kate die orang la .. ahahaha .. Aku xtahu la betol ke x an ? hihihihi :) . Aku nak cakap hepy punxtahu la , sebab aku pun baru masuk kan kat dalam kolej nie . Dengan roomate pun aku xbrape banyak cakap pun .. Tapi aku tahu die orang baik ! heheehe .. Ok la , aku akan blaja bercakap dengan die orang . Supaya x dikatekan belagak atau sombong .

Aku dekat sane , hanya mengharapkan akan dapat kwan yang bley bantu aku dari susah hingga senang . Aku jugak mengharap sangat prestasi aku dekat kolej nie ok dan memuaskan bagi pihak pensyarah n pihak kolej . Dan niat aku dekat kolej nie hanya satu , iaitu aku perlu habis kan 6 sem nie dengan cemerlang . Dan aku hendak kan sijil Diploma tu . Dan aku jugak hendak kan sijil Ijazah tu ! So , aku kene nekad dan tekad menanam azam yang tinggi !! yarrhh ! :) Aku boleh !!! N bagi korang yang sudah pun masuk ke dalam kolej atau U nie , korang pun kene lar blaja untuk mematang kan diri korang . Sebab nie bukan exam macam sekolah dulu ea ? Sebab nie menentukan sama ada kita bley dapat sijil tu atau x ? Untuk mase hadapan kite orang jugak . N paling penting , if korang tetibe rase jatuh atau sudah give up tolong lar korang teringat kan ibu bapa korang yang selalu menyokong korang dalam senyap atau terang2 tu . Dan tolang lar teingat kan ibu bapa korang yang bersusah payah nak kumpul duit untuk korang mendaftar masuk ke dalam kolej atau U tu .. Then korang mesti akan menjadi semangat semula . Percaya lar , jika niat kite baik mesti ALLAH akan membuka pintu hati kite dan akan menunjukkan kejayaan pada kite pada satu hari nanti . InsyaAllah ......

Dan aku nak bagi tahu korang , jangan lar korang rase stres .. sebab dengan adanya stres , kite akan menjadi malas . Dan bile kite malas , kite tak akan berjaya .. Padahal Allah SWT tidak pernah memberi suatu masalah atau beban hidup diluar kemampuan kita, sebagaimana firman-Nya;

Allah tidak akan memberikan beban hidup seseorang, melainkan menurut kadar kemampuannya .
(Q.S. Al-Baqarah 2 : 233).
Dalam Islam , stres merupakan penyakit jiwa yang perlu diubati dengan pendekatan yang tercantum dalam Al-Qur’an dan Hadis. Ada empat cara dalam menyembuhkan penyakit stres . Antaranye ;

Pertama - Tanamkan Jiwa Sabar.
Sabar , membuat seseorang selalu merasa tenang dan tenteram , hatinya selalu bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. , sehingga orang-orang yang sabar hidupnya selalu merasa berkecukupan.
Dia tidak pernah meminta sesuatu yang bukan haknya, karena Allah SWT. akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersabar iaitu kenikmatan syurga, sebagaimana firman-Nya:
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik (syurga) dari apa yang telah mereka kerjakan .” (Q.S. An-Nahl 16 : 96)
Sabar merupakan kunci utama dalam menghadapi berbagai2 ujian. Ujian yang menimpa diri kita harus menjalani nya dengan positive thinking (berbaik sangka) kepada Allah SWT. Sebab dibalik ujian yang menimpa diri kita, tentu ada hikmah yang akan kita dapatkan . Oleh karena itu , Allah SWT menyatakan didalam firman-Nya,
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’ (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk . ” (Q.S.Al-Baqarah 2 : 155-157)
Hidup di dunia ini akan diwarnai oleh berbagai macam ujian . Setelah ujian yang satu dilaluinya maka akan dihadapkan pada ujian berikutnya, sampai berakhirnya kehidupan di dunia ini.
Stres merupakan tangga ujian untuk mengukur keimanan seseorang. Ketika seseorang stres, kemudian dia bersabar , maka dia telah melangkah satu tahap dalam menuju keimanan yang sempurna.

Kedua - Menjalani dengan Rasa Syukur.
Setelah jiwa kita dipenuhi dengan kesabaran , maka jalani lah dengan jiwa yang syukur . Kerana , Jiwa yang sabar akan melahirkan manusia yang pandai bersyukur.
SYUKUR sering diertikan dengan menggunakan nikmat Allah yang diterima sesuai dengan tujuan yang dikehendaki oleh-Nya. Misalnya , nikmat harta harus diinfakkan, ilmu harus diamalkan, umur untuk ibadah dan sebagainya.
Syukur juga bererti mengungkapkan keringanan hati lantaran kenikmatan yang diberikan Allah SWT. , dengan cara taat melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Jadi, syukur mempunyai makna yang luas .
Tidak sekadar getaran terima kasih dalam hati , mengucapkan dalam lidah atau mengadakan syukuran, tetapi yang lebih penting ialah memanfaatkan semua kurnia Allah pada jalan yang diredhai-Nya . Misalnya , Allah mengurnia kan akal kepada manusia , maka gunakanlah akal itu untuk berfikir , mempelajari hingga mampu membuahkan pemikiran-pemikiran yang baik dan benar.
Allah mengkaruniakan manusia anggota tubuh yang sempurna, maka harus dimanfaatkan untuk ibadah dan melakukan hal-hal yang berguna bagi kesejahteraan hidup. Allah SWT berfirman:
…Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapa mu…. (Q.S. Lukman 31 : 14).
Dalam salah satu hadis , Rasulullah saw bersabda , “ Orang yang tidak mahu berterima kasih kepada manusia, tentu tidak akan bersyukur kepada Allah .”
Ketika kita stres karena banyaknya masalah yang kita hadapi , kemudian kita bersabar dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita, maka InsyaAllah stres yang kita alami dapat disembuhkan, paling tidak dapat dikurangkan .

Ketiga - Bangun Jiwa Optimis.
Optimis adalah suatu sikap yang selalu berpandangan baik dalam menghadapi segala masalah . Sikap optimis ini merupakan sikap yang sangat dianjurkan dalam Islam , sebagaimana firman-Nya ,
"Janganlah kamu bersikap lemah (pesimis) , dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) , jika kamu orang-orang yang beriman ”. (Q.S. Ali Imran 3 : 139).
Sikap optimis haruslah mengalahkan pesimis yang bisa jadi menyelinap dalam hati kita. Untuk itulah jika ingin hidup berjaya , kita harus memperbanyakkan rasa optimis dalam diri kita .
Optimis yang dihasilkan dari rasa tawakal inilah yang menjadikan Rasulullah SAW beserta sahabat mampu memenangkan peperangan yang tercatat dalam sejarah dunia, mulai dari perang Badar hingga peperangan di masa kekhalifan Islam sampai berabad - abad lamanya.
Karena itu , optimisme adalah kemampuan untuk percaya bahawa hidup memang tidak mudah, tetapi dengan semangat baru , hidup akan menjadi lebih baik . Optimisme adalah kemampuan melihat sisi terang kehidupan dan memelihara sikap positif yang realistis , walaupun dalam situasi sulit sekalipun .
Optimis bererti berusaha semaksimum mungkin dalam mencapai target atau standard yang ideal.

Keempat - Panjatkan Doa Setiap Saat .
Yang paling penting dalam mengatasi stres (beban hidup) adalah memperbanyak doa . Karena doa merupakan kekuatan yang Maha Dahsyat, yang mampu menyelesaikan setiap permasalahan hidup . Dalam Al-Quran , Allah SWT. telah mengajarkan kepada kita tentang doa dalam mengatasi masalah , iaitu ;
Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah . Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat (stres) sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami . Ya Tuhan kami , janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya . Maaflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami . Engkaulah Penolong kami , maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir .” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286) Amin ...
Inilah empat amalan yang perlu kita amalkan ketika dihadapkan pada permasalahan hidup. Wallahu A’lam.
........ So , korang renung2 kan lah .. :)










Selamat Membaca!

Drawing Machine

COPYRIGHT @ HAK MILIK TETAP OLEH CHUCKLETZPUTEH