

Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...
Oitt ! Hehehe ... Cis ! Agak lama ye hamba sudah tidak menziarahi blog hamba ini . Amboi?? Ingat citer Hang Tuah, Hang Jebat ke pakai ayat cis cis nie ... Hihihi ! Oklah, first for all pendek mengaku agak malas nak bukak blog nie semenjak dah ada baby nie ... (Hello! bukan baby pendek tau, tapi anak orang.. ) Ala , kiranya macam amik part-time job la sementara cuti ini ... Gehehe ! Tolong mak pendek jaga anak orang . Nak cakap mak pendek babysitter pun boley la jugak . Sebenarnya mula-mula pendek pun malas gak nak jaga baby tapi pendek suka baby.. Tu pun sebab kena pujuk dengan buah hati ler . Dia cakap, "bile lagi nak tolong mak kalau bukan sekarang". Cis!! Ayat tu membuat aku rasa kesian pulak dengan mak. Hehehe .. Hmm bukan tak nak jage tapi sebab memang penat jage budak nie, penatnya pun lain macam la , tapi best dan agak berbaloi . Tahu sebab apa best ? Sebab kita boleh layan telatah baby nie . Kelakar kadang-kadang bila dengar suara dia orang gelak. Hehehe ...
Pendek sendiri tak faham kenapa lah ada perempuan a.k.a mama yang dapat anak tu sanggup buang baby dia orang 'rata-rata' . Tahu lah kan baby tu terlanjur tapi apa pun baby tu tetap darah daging dia orang yang keluar dari perut dia orang sendiri. Tak ke kesian kan ?? Yang paling malangnya, baby yang dia orang buang tu semua nya comel-comel , cantik dan semangat lagi tuh .. Kenapa lah buangkan ?? Kalau bagi pendek pun bagus jugak !! Boleh jage, dapat gak pahala daripada buang kat longgokan sampah yang bau busuk , malah yang paling sedih tu kan baby tu kena gigit dengan anjing la biawak la apa la .. segala jenis binatang la . Ish, memang betul-betul sedih tengok baby tu dan sememangnya kejam kalau ada mama yang macam tu ....
Ish .. tengok-tengok!! Pendek dah mula membebel ... HEHEHE ! Sebenarnya, bukan pasal tu yang pendek nak citer tapi pasal bulan December a.k.a Disember . Ye, ada sesiapa tahu apa tu Disember? Sebenarnya pendek pun tak tahu, tapi pendek ingat lagi dulu mase kat Klang, pendek ada kenal satu mamat nie.. Nama mamat nie Danish, Danish nie suka mengkaji sesuatu perkara yang Danish rasa pelik. Contohnya, Danish kaji macam mana air laut boleh pasang surut, salji boleh turun kat luar negara tetapi tidak di negara kita dan macam-macam lagi lah . Tapi jangan pelik pulak, sebab Danish kaji semua nie hanya dekat internet, buku-buku dan cuba research dengan pensyarah Danish sendiri. Masa pendek kenal Danish dulu, pendek baru form 4 . Ala Danish nie jiran nenek la . Hehehe ... Tapi dia dah sambung belajar kat luar negara. Pendek suka sembang dengan Danish, sebab Danish suka sembang tentang fakta dan benda-benda yang pendek tak tahu . Huhuhu.. Sudah !! Asyik puji asyik sembang tentang Danish jer , kang merajuk lah pulak Cik Abang pendek tu ... Sebab cemburu teramat. Hihihi ! Sory Sayang ... Then ada lah satu hari tu, Danish tanya Birthday pendek bulan berapa ? Then pendek jawab la bulan Disember. Hmm ...? Apa itu Disember ???
Lepas tu .... entah ? Pendek dah lupa ! hahaha . Tak apa lah, nie ada lah pendek cari cikit-cikit maklumat tentang Disember dalam En. Google nie .. Pendek cari kat dalam Wikipedia. Sebenarnya bukan ini yang pendek nak cari ...
" Disember adalah bulan keduabelas dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa LatinDecem, yang bererti "kesepuluh". Disember merupakan bulan kesepuluh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
Disember bermula pada hari yang sama dengan September pada setiap tahun. "
p/s : tolong jangan marah atau mengata buruk tentang post ini... sebab pendek rase post nie tak banyak bercerita tentang December a.k.a Disember .... SORRY :) peace !! hehee




