Tuesday, December 20, 2011

Merasai Erti Cinta Dalam Kehidupan


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

ku cintai namun benci ....


*Geisha- kenangan Hidupku



Bila tiba saja saat malam ... Aku amat payah untuk melelapkan mata. Aku benci apabila mata aku tidak mahu lelap, bukan apa ... aku senang terkenangkan masa aku di Tingkatan 5. Sebenarnya, masa di Tingkatan 5 bukan lah satu memori yang ngeri tetapi banyak kenangan dan memori yang manis dan susah untuk aku lupakan dengan sekali gus.

Apalah yang aku ingin taip kan di sini ??

Aku bukan tak boleh teringatkan kisah lama , sebenarnya taklah lama mana pun .. baru setahun saja aku melalui nya. Iaitu pada tahun lepas (2010). Lirik lagu di atas masih terngiang-ngiang di telinga aku. Lagu Kenangan Hidupku, nyanyian oleh Geisha. Penyanyi yang berasal dari Indonesia. Terdengar saja lagu dan liriknya serta suaranya yang amat sedap membuatkan aku sendiri menyesal dengan tindakan aku pada masa lepas. Jangan salah faham ... Aku bukan terlanjur atau membuat perkara yang kotor, tetapi keputusan yang telah aku katakan pada Si Dia yang telah aku cintai selama satahun ... Dalam masa setahun telah banyak dugaan dan rintangan dalam sesuatu hubungan yang bukan lah satu hubungan yang akan terus menjadi kenyataan dan berkekalan hingga hujung nyawa(hayat) aku. Dalam masa setahun juga aku telah banyak belajar apa erti kejujuran, tanggungjawab, kepercayaan dan pengorbanan.

Apa itu JUJUR ??

Kejujuran dan kepercayaan adalah tonggak yang paling utama keutuhan sebuah cinta. Cuba bayangkan kalau cinta tanpa kejujuran?? Mesti langsung tidak ada rasa kemanisan di dalam sesebuah hubungan malah tidak ada makna apa-apa jika hubungan itu tetap diteruskan. Seperti kata-kata cinta yang berbunyi " kita jatuh cinta kerana sebuah perkenalan, lalu berseminya cinta kerana kasih sayang yang telah wujud, dan akhirnya hubungan cinta tersebut berkekalan kerana kEJUJURAN ". Di dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada berkata ; “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar…” .

Tanggungjawab ??

Tahukah apa itu erti tanggungjawab ?? Aku bukan lah reti untuk menyimpul ayat. Tetapi apa yang aku tahu selama aku bercouple aku tahu serba sedikit tentang tanggungjawab. Tanggungjawab ada banyak maksud. Maksud yang aku faham tentang tanggungjawab dalam percintaan ini adalah yang pertama, bertanggungjawab atas apa yang telah kita kata(luah) kan. Yang kedua, tanggungjawab. Tanggungjawab atas pasangan masing-masing. Contohnya, menjaga dan melindunginya. Dan yang ketiga adalah bertanggungjawab atas apa yang akan atau telah berlaku di atas pasangan masing-masing. * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *

Kepercayaan ??

Kepercayaan adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam setiap aspek hidup tidak kira dalam hubungan cinta, pekerjaan, perdagangan, dan hal-hal lain yang mengharuskan kita berinteraksi dengan orang lain. Dalam sebuah hubungan, tidak percayaan antara satu sama lain, 99,9% akan menghancurkan hubungan itu sama ada cepat atau lambat. Kita tidak boleh berkata “aku cinta kamu” apabila kita tidak dapat berkata “aku percaya padamu”
kerana cinta dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Dan akhir sekali, pengorbanan.

Pengorbanan adalah
membuat sesuatu yang pada akhirnya akan membuat kita tersenyum puas dan tidak menyesal. Dan bukannya melakukan sesuatu perkara habis-habisan sehingga suatu tahap yang memeritkan lalu membuat keputusan ingin membunuh diri. Itu bukan lah erti perngorbanan dalam percintaan !! * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *





- - - - to be continues ...





Selamat Membaca!

Drawing Machine

COPYRIGHT @ HAK MILIK TETAP OLEH CHUCKLETZPUTEH