Thursday, December 29, 2011

Merasai Erti Cinta Dalam Kehidupan [ P.2 ]


22Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...




Continues ...

Pada post yang lepas aku telah meluahkan sedikit tentang kisah hidup aku pada Tahun 2010 .. Lagi satu hari saja lagi peristiwa nie akan menjadi 2 Years... Dan pada post yang lepas banyak telah aku kongsikan tentang cinta yang aku sendiri pandai-pandai mengagak... hehehehe! Sebenarnya banyak yang aku tak tahu tentang cinta tetapi apa yang aku post semua itu hanya menurut pandangan aku sendiri aje ... So kalau ade ayat atau fakta yang aku taip kan pada post yang lepas tu ada yang bertentangan , diharapkan maafkanlah hamba. Sebab secara sejujur-jujurnya aku tak banyak tahu tentang cinta tetapi aku tahu tanggungjawab jika aku menerima 'lamaran' untulk bercinta dengan seseorang yang aku rasakan sesuai dengan kreteria aku sendiri.Aku bukanlah seorang yang sempurna dari semua segi tetapi InsyaAllah aku akan menjadi insan yang akan membuat seseorang itu tersenyum walaupun dalam kesedihan. Aku bukan lah seorang yang selalu mengotakan setiap apa yang aku katakan, tetapi jika kuasa keberanian aku datang(muncul) tak mustahil aku akan mengotakan semua yang aku katakan. Aku juga kadang-kadang seorang yang penakut. Sebenarnya, untuk pengetahuan kalian, aku seorang yang takut akan lelaki.

Mr. Rash


Walaupun aku sendiri ada buah hati pengarang jantung yang comel tu, tapi aku masih juga takut akan lelaki. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa aku takut dengan lelaki?? Mungkin kalau ada yang baca entry nie mesti kalian akan cakap , aku takut dengan lelaki then da sah-sah dengan ayah aku sendiri pun takot kan? Sebenarnya aku tak takut dengan ahli keluarga aku yang lelaki sebab ayah, abang wan, dan adik aku seorang yang penyayang. Jadi meme tak lojik lah kan kalau akau takot dengan ahli keluarga aku sendiri kan ?? huhu ..



Ayah and Mak


Oklah, aku dilahirkan di Selangor. Belah mane?? Aku dilahirkan di Selangor iaitu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Hospital tu dekat dengan Andalas. So orang Andalas, korang mesti tahu kan ?? Hihihi ... Dan aku dilahirkan pada bulan Disember, 25 hari bulan, tahun 1993. Sebelum aku dilahirkan aku ada seorang abang yang memang penyayang.


Aku dengan Abang Wan (baru potong rmbut :) )


Dia pakwe aku yang pertama, ok! Hohoho ... Dan famly aku duduk dengan nenek aku sekali, dia pun seoarang yang suka akan budak. Die comel + lawa. Walaupun nenek aku pada luaran nampak macam masam-masam jer muka nya tapi dia sebenarnya memang nenek yang terbaik yang aku ada. Dia lah yang menjada aku dan abang aku apabila ayah dan mak pergi keje. Aku tinggal dengan nenek sehingga aku berumur 4 tahun. Selepas 4 tahun aku dipindahkan di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga aku berumur 7 tahun aku balik semula ke rumah nenek aku di Klang, Sungai Udang. Aku stay kat sana sehingga aku Darjah 3. Dan masa aku sekolah rendah aku sekolah di SMKTG(Teluk Gadong) tetapi aku balik semula sekolah di Sekolah Cina SRJK(C) WAH LIAN di Sungai Pelek. Kenapa aku dipindah-pindah kan ?? Sebab biasalah, mengikut ayah aku kerja tender banyak kat tepat2 lain time tu. Lepas habis jer tender kat Klang, aku balik Sungai Pelek kat Sepang . Time tu aku baru lah kekal stay out sampai sekarang kat Sungai Pelek. Tapi aku rindu nak duduk and manje-manje dengan nenenk aku. Miss U nenek !! huhuhu ... Dan selama aku duduk di Sungai Pelek nie, aku dihantar oleh ayah aku di SMKSP (Sungai Pelek). Aku sekolah di sekolah itu selama 5 tahun . Semua berjalan dengan lancar, tetapi aku tak banyak kawan bila dekat sini. Mak aku cakap sebab aku sombong. Muka aku sentiasa 'masam'. Iyeke ?? Ntah la... Semasa aku form1-3 aku berkawan dengan Cina. Sebab dulu aku pernah sekolah Cina. Sehinggalah aku dimasukan ke kelas 4 Progresif, barulah aku mula berkawan dengan orang Melayu. Class Progresif atau Pro. nie adalah aliran teras dan ditambah dengan Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Dan sama juga sehingg aku form 5 tetp di class yang sama. Kawan-kawan aku semua baik dan semuany bermula dengan huruf A nama dia orang. Hehehe... Ain, Alin(aku), Azira,Azura, dan Azimah. Dia orang nie kan semuanya sporting gila-gila lah kan. Batu lah aku tahu nikmatnya ada kawan yang baik macam dia orang. Gmbar kat bawah nie semuanya kawan-kawan aku yang ku katakan tadi.



Ain



Alin .... Aku


Azira (kanan)



Azimah(kiri sekali), Syafiq, Arafah, Aku, Aleng (bawah)



Azura



Tapi masuk sahaja di Form 5, aku mula dengan Facebook, Tagged, dan Yahoo! Messenger. Didalam Facebook aku telah telah kenal dengan mat-mat Sepang. Cakap ajelah sape, semuanya add aku. Aku pun bukan kenal pun. Bagus jugaklah kan dia orang add bley mmenuhkan friend list aku. hohoho ! TAK IKHLAS !!




-------- will be continues soon !










Selamat Membaca!

Tuesday, December 20, 2011

Merasai Erti Cinta Dalam Kehidupan


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

ku cintai namun benci ....


*Geisha- kenangan Hidupku



Bila tiba saja saat malam ... Aku amat payah untuk melelapkan mata. Aku benci apabila mata aku tidak mahu lelap, bukan apa ... aku senang terkenangkan masa aku di Tingkatan 5. Sebenarnya, masa di Tingkatan 5 bukan lah satu memori yang ngeri tetapi banyak kenangan dan memori yang manis dan susah untuk aku lupakan dengan sekali gus.

Apalah yang aku ingin taip kan di sini ??

Aku bukan tak boleh teringatkan kisah lama , sebenarnya taklah lama mana pun .. baru setahun saja aku melalui nya. Iaitu pada tahun lepas (2010). Lirik lagu di atas masih terngiang-ngiang di telinga aku. Lagu Kenangan Hidupku, nyanyian oleh Geisha. Penyanyi yang berasal dari Indonesia. Terdengar saja lagu dan liriknya serta suaranya yang amat sedap membuatkan aku sendiri menyesal dengan tindakan aku pada masa lepas. Jangan salah faham ... Aku bukan terlanjur atau membuat perkara yang kotor, tetapi keputusan yang telah aku katakan pada Si Dia yang telah aku cintai selama satahun ... Dalam masa setahun telah banyak dugaan dan rintangan dalam sesuatu hubungan yang bukan lah satu hubungan yang akan terus menjadi kenyataan dan berkekalan hingga hujung nyawa(hayat) aku. Dalam masa setahun juga aku telah banyak belajar apa erti kejujuran, tanggungjawab, kepercayaan dan pengorbanan.

Apa itu JUJUR ??

Kejujuran dan kepercayaan adalah tonggak yang paling utama keutuhan sebuah cinta. Cuba bayangkan kalau cinta tanpa kejujuran?? Mesti langsung tidak ada rasa kemanisan di dalam sesebuah hubungan malah tidak ada makna apa-apa jika hubungan itu tetap diteruskan. Seperti kata-kata cinta yang berbunyi " kita jatuh cinta kerana sebuah perkenalan, lalu berseminya cinta kerana kasih sayang yang telah wujud, dan akhirnya hubungan cinta tersebut berkekalan kerana kEJUJURAN ". Di dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada berkata ; “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar…” .

Tanggungjawab ??

Tahukah apa itu erti tanggungjawab ?? Aku bukan lah reti untuk menyimpul ayat. Tetapi apa yang aku tahu selama aku bercouple aku tahu serba sedikit tentang tanggungjawab. Tanggungjawab ada banyak maksud. Maksud yang aku faham tentang tanggungjawab dalam percintaan ini adalah yang pertama, bertanggungjawab atas apa yang telah kita kata(luah) kan. Yang kedua, tanggungjawab. Tanggungjawab atas pasangan masing-masing. Contohnya, menjaga dan melindunginya. Dan yang ketiga adalah bertanggungjawab atas apa yang akan atau telah berlaku di atas pasangan masing-masing. * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *

Kepercayaan ??

Kepercayaan adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam setiap aspek hidup tidak kira dalam hubungan cinta, pekerjaan, perdagangan, dan hal-hal lain yang mengharuskan kita berinteraksi dengan orang lain. Dalam sebuah hubungan, tidak percayaan antara satu sama lain, 99,9% akan menghancurkan hubungan itu sama ada cepat atau lambat. Kita tidak boleh berkata “aku cinta kamu” apabila kita tidak dapat berkata “aku percaya padamu”
kerana cinta dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Dan akhir sekali, pengorbanan.

Pengorbanan adalah
membuat sesuatu yang pada akhirnya akan membuat kita tersenyum puas dan tidak menyesal. Dan bukannya melakukan sesuatu perkara habis-habisan sehingga suatu tahap yang memeritkan lalu membuat keputusan ingin membunuh diri. Itu bukan lah erti perngorbanan dalam percintaan !! * Ini adalah tanggapan aku, langsung tidak ada kene mengene dengan sesiapa pun, harap maklum.. *





- - - - to be continues ...





Selamat Membaca!

Friday, December 2, 2011

Berubah ...?? Iyeke Berubah ...??


Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...




Apabila manusia berubah .. jadi apa ekk?? Sape tahu ?? Hihihi ...
Ishh , sejak dua menjak ini kan, pendek rasa lain aje lah . Lain sebab ... sebab ... sebab lain lah . Ishh , apalah pulak pendek ini membebel lah pulak kan ?? Aalamak .. rasa macam nak banjir ajelah rumah ini kan . Hahaha!! Aduh-Aduh-Aduh !! Mata pendek merah la .. Kenapa ??



.
.
.
.
.
.
.



Betul ke orang cakap ... bila orang tak sayang kita , kita xpayah nak terhegeh-hegeh kat orang tu ?? Mungkin betul , mungkin tak .. Hihihi . (tak tau nak citer atau x !! ) Frust beb !!

BECAUSE OF YOU ...


------ just wanna to say, i love u RH !! ------


OK , tata ! nite :))








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Selamat Membaca!

Thursday, December 1, 2011

December a.k.a Disember



Apabila Si Pendek Membebel Bla-bla-bla ...



Oitt ! Hehehe ... Cis ! Agak lama ye hamba sudah tidak menziarahi blog hamba ini . Amboi?? Ingat citer Hang Tuah, Hang Jebat ke pakai ayat cis cis nie ... Hihihi ! Oklah, first for all pendek mengaku agak malas nak bukak blog nie semenjak dah ada baby nie ... (Hello! bukan baby pendek tau, tapi anak orang.. ) Ala , kiranya macam amik part-time job la sementara cuti ini ... Gehehe ! Tolong mak pendek jaga anak orang . Nak cakap mak pendek babysitter pun boley la jugak . Sebenarnya mula-mula pendek pun malas gak nak jaga baby tapi pendek suka baby.. Tu pun sebab kena pujuk dengan buah hati ler . Dia cakap, "bile lagi nak tolong mak kalau bukan sekarang". Cis!! Ayat tu membuat aku rasa kesian pulak dengan mak. Hehehe .. Hmm bukan tak nak jage tapi sebab memang penat jage budak nie, penatnya pun lain macam la , tapi best dan agak berbaloi . Tahu sebab apa best ? Sebab kita boleh layan telatah baby nie . Kelakar kadang-kadang bila dengar suara dia orang gelak. Hehehe ...

Pendek sendiri tak faham kenapa lah ada perempuan a.k.a mama yang dapat anak tu sanggup buang baby dia orang 'rata-rata' . Tahu lah kan baby tu terlanjur tapi apa pun baby tu tetap darah daging dia orang yang keluar dari perut dia orang sendiri. Tak ke kesian kan ?? Yang paling malangnya, baby yang dia orang buang tu semua nya comel-comel , cantik dan semangat lagi tuh .. Kenapa lah buangkan ?? Kalau bagi pendek pun bagus jugak !! Boleh jage, dapat gak pahala daripada buang kat longgokan sampah yang bau busuk , malah yang paling sedih tu kan baby tu kena gigit dengan anjing la biawak la apa la .. segala jenis binatang la . Ish, memang betul-betul sedih tengok baby tu dan sememangnya kejam kalau ada mama yang macam tu ....

Ish .. tengok-tengok!! Pendek dah mula membebel ... HEHEHE ! Sebenarnya, bukan pasal tu yang pendek nak citer tapi pasal bulan December a.k.a Disember . Ye, ada sesiapa tahu apa tu Disember? Sebenarnya pendek pun tak tahu, tapi pendek ingat lagi dulu mase kat Klang, pendek ada kenal satu mamat nie.. Nama mamat nie Danish, Danish nie suka mengkaji sesuatu perkara yang Danish rasa pelik. Contohnya, Danish kaji macam mana air laut boleh pasang surut, salji boleh turun kat luar negara tetapi tidak di negara kita dan macam-macam lagi lah . Tapi jangan pelik pulak, sebab Danish kaji semua nie hanya dekat internet, buku-buku dan cuba research dengan pensyarah Danish sendiri. Masa pendek kenal Danish dulu, pendek baru form 4 . Ala Danish nie jiran nenek la . Hehehe ... Tapi dia dah sambung belajar kat luar negara. Pendek suka sembang dengan Danish, sebab Danish suka sembang tentang fakta dan benda-benda yang pendek tak tahu . Huhuhu.. Sudah !! Asyik puji asyik sembang tentang Danish jer , kang merajuk lah pulak Cik Abang pendek tu ... Sebab cemburu teramat. Hihihi ! Sory Sayang ... Then ada lah satu hari tu, Danish tanya Birthday pendek bulan berapa ? Then pendek jawab la bulan Disember. Hmm ...? Apa itu Disember ???

Lepas tu .... entah ? Pendek dah lupa ! hahaha . Tak apa lah, nie ada lah pendek cari cikit-cikit maklumat tentang Disember dalam En. Google nie .. Pendek cari kat dalam Wikipedia. Sebenarnya bukan ini yang pendek nak cari ...

" Disember
adalah bulan keduabelas dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa LatinDecem, yang bererti "kesepuluh". Disember merupakan bulan kesepuluh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

Disember bermula pada hari yang sama dengan September pada setiap tahun. "


p/s : tolong jangan marah atau mengata buruk tentang post ini... sebab pendek rase post nie tak banyak bercerita tentang December a.k.a Disember .... SORRY :) peace !! hehee





Selamat Membaca!

Drawing Machine

COPYRIGHT @ HAK MILIK TETAP OLEH CHUCKLETZPUTEH