Monday, January 3, 2011

semua tentang dirimu ~


semalam …….  aku rindu ,      
rindu pada ketawa mu ,
rindu pada gurau senda mu ,
rindu pada senyuman mu ,
rindu pada renungan mu ,
rindu pada wajah kasih mu ,
rindu pada suara ceria mu ,
rindu pada perhatian mu ,
rindu pada sokongan mu ,
rindu pada kematangan mu ,
rindu pada ketegasan mu ,
rindu pada cerita-cerita mu ,
rindu pada kisah kenangan kita ,
sering kali rindu itu datang …. sering kali itu juga aku menidakkan nya …menafikan nya sekeras-keras nya .. mengawal agar tidak terlepas tingkah laku dan bicara …. namun seringkali ia nya berjaya menewaskan jiwa ku … seperti ombak tanpa jemu menghempas pantai …. membawa sisa di pesisir pasir …. meratah rakus tanpa dengan belas kasihan….
tetapi aku bukan ombak itu ….  yang kadang-kadang membisu , kadang- kadang tenang , kadang - kadang  ganas …. .lantas aku perlu memilih di antara menyembunyikan rasa atau tidak … dan aku memilih menyatakan kan nya , kerna ia tidak terbendung lagi ….. kerna ia tidak tertahan lagi … tanda kasih dan sayang tulus ikhlas dari ku…
dan semalam ….. aku serahkan rindu ku pada Tuhan Yang Satu …. kerna perasaan ini hadir dengan izin Nya Yang Maha Pengasih ….. kerna DIA memiliki jiwa ini …. kerna DIA lebih mengerti dan memahami …… dan paling penting , kerana DIA la penawar kerinduan ini ~ 



Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment

Drawing Machine

COPYRIGHT @ HAK MILIK TETAP OLEH CHUCKLETZPUTEH